Mangsa serangan 11 September 2001

Serangan pengganas 11 September 2001 menyebabkan seramai 2,996 orang maut, termasuk 19 orang penyerang dan 2,977 orang mangsa.[1] Mangsa-mangsa terdiri daripada yang berikut: 246 di keempat-empat pesawat (dan tiada yang terselaamt), 2,606 di Bandar Raya New York baik di dalam menara mahupun di darat, dan 125 lagi di Pentagon.[2][3] Kesemua korban dalam serangan itu ialah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh di Pentagon.[4]

Lebih 90 buah negara kehilangan warganegaranya di World Trade Center.[5] Pada tahun 2007, pejabat pemeriksaan perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian rasmi serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal pada Februari 2002 akibat masalah paru-paru yang disebabkan oleh debu yang terlepas oleh Pusat Dagangan Dunia.[6] Leon Heyward, yang mati akibat limfoma pada 2008, ditambahkan ke dalam jumlah kematian rasmi pada tahun 2009.[7]

  1. ^ "Lost lives remembered during 9/11 ceremony". The Online Rocket. 12 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-16. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  2. ^ "Accused 9/11 plotter Khalid Sheikh Mohammed faces New York trial". CNN. 13 November 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  3. ^ "First video of Pentagon 9/11 attack released". CNN. 16 Mei 2006. Dicapai pada 10 September 2006.
  4. ^ Stone, Andrea (20 Ogos 2002). "Military's aid and comfort ease 9/11 survivors' burden". USA Today. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  5. ^ Walker, Carolee (11 September 2006). "Five-Year 9/11 Remembrance Honors Victims from 90 Countries". United States Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-15. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  6. ^ DePalma, Anthony (24 Mei 2007). "For the First Time, New York Links a Death to 9/11 Dust". The New York Times.
  7. ^ Foderaro, Lisa W. (September 2009). "9/11's Litany of Loss, Joined by Another Name". New York Times. Dicapai pada 12 September 2009.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy